Monday, October 25, 2010
Arnab
Saya telah pun memelihara 2 ekor arnab dan kedua-duanya betina. Cara menjaga arnab itu saya dan anak sulung saya mempelajarinya dari maklumat di internet. Arnab ini rupanya cepat membesar. Lebih kurang sebulan saya memeliharanya, mereka membesar dua kali ganda. Pada mulanya saya menyimpan arnab ini dalam rumah, tapi bau kencingnnya menyebabkan saya membina kandang diluar. Arnab mempunyai ciri yang jinak. Kalau duduk dia datang, ingin diusap agaknya. Dulu tujuan saya membela arnab ini adalah untuk anak-anak saya, supaya mereka ini lebih bertanggungjawab. Masing-masing ada tugas menjaga binatang peliharaan. Tidak gaduh sesama mereka. Walaubagaimanapun, didapati mereka ini tidak berminat sangat. Yang tinggal saya yang menjaganya sebab saya yang membeli dan memilih arnab tersebut. Dah takdir, arnab tu dengan saya. Saya seronok sebab petang-petang arnab-arnab ini akan dilepaskan, dan menemani saya duduk di taman, dapat menenangkan fikiran.
Hari Keluarga Komputer Sains USM
Pada Sabtu, 23 - 24 Oktober 2010 , saya telah mengikuti suami ke Hari Keluarga Jabatan beliau. Pelbagai aktiviti dijalankan dan merangkumi pelbagai peringkat umur. Saya, suami dan anak-anak menyertai aktiviti sukaneka. Setiap seorang satu acara acara minimum, Tiada orang ambil bahagian, kami tunggu nak sapu, sebab sekali sekala bermain seronok, melepaskan tension kerja dan tugasan lain. Berkenalan dengan rakan-rakan yang lain yang tidak pernah dikenali, bagus juga. Akhir kata, saya rasa seronok dan syabas kepada jabatan komputer sains , USM kerana berjaya mengadakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
