Monday, October 25, 2010
Arnab
Saya telah pun memelihara 2 ekor arnab dan kedua-duanya betina. Cara menjaga arnab itu saya dan anak sulung saya mempelajarinya dari maklumat di internet. Arnab ini rupanya cepat membesar. Lebih kurang sebulan saya memeliharanya, mereka membesar dua kali ganda. Pada mulanya saya menyimpan arnab ini dalam rumah, tapi bau kencingnnya menyebabkan saya membina kandang diluar. Arnab mempunyai ciri yang jinak. Kalau duduk dia datang, ingin diusap agaknya. Dulu tujuan saya membela arnab ini adalah untuk anak-anak saya, supaya mereka ini lebih bertanggungjawab. Masing-masing ada tugas menjaga binatang peliharaan. Tidak gaduh sesama mereka. Walaubagaimanapun, didapati mereka ini tidak berminat sangat. Yang tinggal saya yang menjaganya sebab saya yang membeli dan memilih arnab tersebut. Dah takdir, arnab tu dengan saya. Saya seronok sebab petang-petang arnab-arnab ini akan dilepaskan, dan menemani saya duduk di taman, dapat menenangkan fikiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment